Kehadapan Vista yang dikasihi,
Di awal dahulu amatku gundah gulana pikirkan pertukaran OS(OperatingSystem) XP kepadamu Vista...ku format segala isi perut hardisk, ku senaraikan software yang wajib ada di komputarku supaya serasi (compatible) denganmu wahai Vista. Memandangkan pelbagai masalah hubunganku bersama si XP terutamanya XP merajuk tidak mahu mainkan suara (audio) semua flash, hampirku jadi gila hilang akal tiada audio tatkala layan ezora dan youtube. Hanya video sahaja yang nampak tanpa suara. Pelik, kerana lagu dan movie ade pulak sound. Weekend lepas sungguhku berang terhadapnya, penatku update driver, rollback driver, cucuk speaker sane sini..tidak jugak berjaya. Kehadiranmu Vista terus menyaksikan lambaian terakhirku kepada XP.
Latar blakang cintaku padamu vista,
DVD copy burned oleh Brenden, tiada cover atau box hadir bersamamu. Masih suci putih berseri..inilah waktu pertamaku sentuhmu Vista Ultimate 32bit...tiada cd key memastikan kamu masih single dan tiada milik sesiapa. Kutahu kamu adalah OEM (OriginalEquipmentManufacted-Free OS when buy manufactured pc) tapi tidakku hirau latar belakangmu. Tidakku mampu untuk membeli kelahiran tulen (ori) berhargakan AUD450. Ampun dan maaf kepada Pakcik Gates, ko dah cukup kaye dah. Tiada bezanya antara kamu OEM dan Original Product, kamu tetap mampu update dan berfungsi sepertinya. Hanya perbezaan darjat yang kutidak sekali kali pandang. 'Dub dab dub dab', degup jantungku tatkala ku install mu. Masihku belum yakin dengan penemuan awal kita ini.
Cinta pandangan pertama...
Mengambil masa 50minit untuk lengkapkan installation. Sungguh lama jika dibandingkan dengan installation ex-OS ku, XP. Walaupon begitu, kulihat lebih matang windows kali ni. Amat kesederhanaan (simple) welcoming tones mu mencairkan hatiku. Lebih lunak dari XP yang amat lantang dan agak biadab. Pertamanya inginku install mobo (motherboard), gpu (graphic processing unit), sound unit and modem driver.Tidak disedari, rupanya sudahmu install secara automatic diwaktu penantian selama 50minitku tadi. Termasuklah modem password (cayalah! sbb aku lupe password). Vista, kau amat memahami perasaan aku. Ku sudah dapat rasakan akan kekuatan ikatan asmaradana antara kita berdua. Lantas terusku install segala software, tiada sebarang masalah keseraian denganmu wahai Vista. Kamu memang bagaikan gadis kampung yang ayu dan cantik yang tidak memerlukan segala bedak dan wangian. Penulisan (font) dan warna amat berseri dan mantap (sharp). Dahulunya aku tidak berapa minat 22'' acer monitor ni kerana kecerahan (brightness) yang amat crap. (very typical acer product), tetapi dengan bantuanmu Vista, monitorku amat cantik dan berseri sekarang ini. Sungguh ringan tanganmu membantu sesama lain. Sudah pasti bondaku amat berkenan padamu vista. Hatiku cair untuk kali kedua...
Keindahanmu...
Sesungguhnya kamu memang dilahirkan cantik, cuma inginku hiasi dirimu:
1. Windows sidebar memang amat berguna. Terus aku hadiahkan jam berjenama ROLEX model Yatch Master 3. Wow sungguh berseri. Di sidebar itu jugalah kau ungkapkan picture slideshow, kenangkan indah memory ku dahulu kala bersama bidadariku. Amat bijak kehadiran slideslow itu kalau tidak ku simpan sahaja gambar itu tanpa dilihat. Memang pandai kau menjaga perasaan aku.
2. Amat ku benci dengan taskbar windows, laluku sembunyi (hide) dan gantikan dengan AquaBar, shortcut yang cantik terampilan di wajahmu (desktop) dengan single click toward program. Jika tidak, haruslah ku lalui ke Start>All Program>program, leceh...sungguh leceh...AquaBar icon cantik cantik belaka, boleh diubahsuai (customise) makin berseri wajah vistaku...(ala ala ala sipu2 plak vista ni).
3. Pemakaianmu terlalu ringkas, inginku lihat kamu bermodenan sedikit, kupergayakanmu dengan Yodm'3d! Ku hampir melonjak rasa kegembiraan. Yodm'3d, adalah functioning design kepada Linux Beryil (link wajib tgk) Zooousssss! bagaikan kudibawamu ke masa hadapan tahun 2020.Canggih, sungguh canggih...Tujuanku kenalimu kepada Yodm'3d:
- a) Boleh set 4 desktop yang berlainan wallpaper. Amat mempermudahkan urusan program ku tatkala satu desktop sudah penuh sesak. Maka tiada lagi programs yang berserabut dalam one desktop. Paham? tidak mengapa, amat dalam maknanya cinta ini padamu yang memang sukar di tuturkan. Hanya hati yang mengerti.
- b)Ku pilih wallpaper sama rata, ada gambar famili, bidadari, minat dan binatang belaanku, jimi si rimau kumbang. Tiada rasa iri hati sesama mereka kerana wajah meraka selaluku amati.
- c) Sungguh mudah untuk pilih secara putaran (rotating) serta zooming dan drag & drop.
Kemantapanmu....
Cantik memang cantik, semestinya mahu berkekalan lama. seperti bidadariku, ingin kau cantik sehingga lamanya. Akanku jaga kemantapanmu (performance):
1. Vista, kau telah menyediakan Performance and Information Tools (Control Panel>System and Maintenance>Performance & Information Tools). Bagi keserasianmu Vista dan PC, telah ku dimaklumkan dengan rating is 5.2. Amat tinggi rating tersebut, janjiku padamu, bukan sahaja tidak akan membawahi rating tersebut tetapi akan terus mantap (improvement). (haaa ingat awek2 je kene rating....eheeh)
2. Ku perhatikan CPU(jiwa) and RAM(perasaan) di Windows Sidebar .Akan ku pastikan jiwa dan perasaan mu tidak melepasi tahap yang sedia ada. Tidak ku sanggup melihat kau menderita lantas merajuk yang akan melibatkan meletup pc ni. Bersama sejumlah empat giga ram, telah kau ambil 1giga (1gig to run vista). Amat murah hati kerana membiarkan lagi 3 gig spare kepada program yang lain. Tambahan pula aku ni suka run program banyak di satu masa (at once) Kau memang saling faham memahami..ohh indahnya~..
3. Penyesalanku di awal pertemuan. Ku pohon maaf kepadamu vista di atas anggapan negative mu kerana audio system yang tidak lengkap. Hanya 3 dari 5 speakers sahaja yang berfungsi. Ku memarhimu kerana beranggapan ianya tiada berfungsi sebab kehadiranmu. Telahku penat update and rollout sound driver, adjust di audio manager, tidak juga berjaya. Fahamilah, tidak sekali perasan benci padamu. Bukanlah niat dihati memarahimu, mengertilah ia semakin membuatkan cinta yang mendalam mengorek isi hati cinta kita bersama. Kuakui, semuanya adalah kerana kekuranganku...amat sengal kurasakan. Yang sebenarnya ku salah cucuk di input jack blakang PC ku . Ada 6input jacks yang tidak dapat aku bezakan warnya yang seiras. Ku sedaya upaya cuba dan salah ('try and error') cucuk cucuk tetapi ku mengaku kekuranganku, di mana silapnya?Ku ini rabun warna! Tidakku dapat bezakan warna light brown, light green and yellow. urghh...mengambil masa setengah jam barulah akhirnya menghasilkan crispy and solid sound...haaaa legeeeee....Harapanku, agar kekuranganku ini dapat diterimamu seadanya. Kini...lima speakers + subwoofers berdetum detum...puasss! sexy sungguh suaramu Vista..Ketika kita bersama di alam game dan movies memang rase seperti benar benar. Tatkala games perang, dapat ku rasakan musuh datang dari blakang, inginku toleh seperti seakan akan didatangi secara benar. Sungguh indah perasaan ni..
4. Kusedar kecantikanmu amat digemari ramai. Ku taruhkan security untuk menjagamu, ku Update Vista versionmu yang terkini dan juga Antivirus. Tidakku sanggup kau dikebas (hack) atau disakiti (virus) orang maka kukorbankan AUD12 membeli Kaspersky Antivirus dari ebay. Ku pakaikan padamu, amat mudah(reliable) dan ringan. Tidak mengganggu segala urusan program lain. Amatku recommend! Berkali bagusnya berbanding AVG free yang pernah kecewaku dahulu kala. (yelaa namepun free)
Fuh, lega dan amatku puas hati dengan takdir kita bersama, Vista..kau sesungguhnya memang cantik dan sexy dari segi rupa (interface), suara (audio) dan physical (performance). Tidak pernah rasa jemu di setiap hari ku mengadapmu. Percayalah, tanpamu disisi ini, hilang akal la aku kat Cloncurry. Penemuanmu adalah sesuatu yang baru dalam diari hidupku.
Kaulah Intan Payung Jantung Hatiku,
-Azman Love Vista-
*jgn jeles
2 comments:
ceh... ada VISTA pun kecoh... washing machine aku ada Operating System tak kecoh pun.... Calculator aku pun ada Operating System... tak salah aku develop guna assembly... relax jerk aku..... Man kecoh!!! Woit... gi check Halim's blog... ada gambo awek dia.... cayalah.. tak lama lagi kawen lah tuh
haa bukan kecoh brader...jakon jer! alaa beskal atuk aku pon ade OS..malas taruk kat blog je..kang masuk utusan..
tu aa ade gepren dah si halem tu..hu huuuu..ape rahsia die eh?
Post a Comment