Thursday, August 21, 2008

Three Em (3M) Plan

Tgh bosan² kat opis ni, teringat gak time zaman uni dulu, borak² ngan budak², tupak, remi, amar, haris, bijan, fariq sume ade skali kot taun 2004. Ade satu plan ni angan² nak buat trip makan² di setiap negeri di Msia. Especially makanan traditional each state. Hurmm memandangkan aku nak blk cuti for a few months ni tak buat ape² bagus gak kalo buat trip ni.

So idea/proposal:

TAJUK : Makan makan makan. (3M...fuuhh bunyi dah bes)
MASA : Bulan October/November. (lepas raya pon cun gak)
OBJEKTIF :
  • Mengiratkan lagi silaturahim sesama kawan² baru dan lama.
  • Mengenal makanan tradisi di setiap negeri di Malaysia sambil membesarkan perut.
  • Sempena aidilfitri, bley la buat open² house di negeri masing².
  • Pelajari lorat di setiap negeri.
  • Membeli belah
  • Menziarahi kawan² yang tidak dpt sertai trip di negeri mereka berada.
  • Belajar memandu bagi sesiapa yg baru dpt lesen.
  • Kepada yg masih single, bley la usha² bakal mata air di negeri yang berkenan.
TAJAAN:
  • Sendirian berhad.
  • Tong tong/chip in
  • From majikan masing².
  • FAMA. Bagi yg student
SYARAT PENYERTAAN:
  • Umur 18 tahun ke atas, bawah 18 mesti ada surat pelepasan dari ibubapa dan pengesahan guru besar sekolah masing².
  • Matang tidak dijadikan syarat utama.
  • Mempunyai lesen kenderaan. Yang takde lesen bley kautem.
  • Tidak liar. (risau kang ade je tibe² cabot ke negeri lain / culik anak org kampong)
  • Siapa² pon boleh join.
PLAN:
Kerana Msia ni luas dan maybe time constraint for those bekerja, maybe kite buat trip mengikut zone je dulu or a few negeri dulu.

ZON:
1. Zon timur : Start KL-Kuantan-Ganu-Kelate-(Golok??)
2. Zon barat : Start KL-Ipoh-Penang-Kedah-Perlis-Langkawi
3. Zon selatan : Start KL-Seremban-Melaka-Johor-(Spore?)
4. Zon Borneo : Start Kuching-Kota Kinabalu-(Brunei?)

NEGERI:
1. Langkawi-Penang
2. Ganu-Kelate
3. Melaka-JB
4. KL-Selangor..( hurmm??? )

TENAGA/TUGASAN DIPERLUKAN:

1. Project Manager
2. Assistant Project Manager
3. Ketua Negeri
4. Pegawai Maklumat/perhubungan
5. Juru kamera
6. Translator (penting utk tanya org kampung kalo sesat)
7. Security officer (menjaga keselamatan rombongan)
8. First aid officer
9. Pegawai ugama (termasuk menjadi imam dan cek waktu solat)
10. Pegawai mekanic (tahu bab² kereta)
11. Treasurer (tukang collect/kira duet)

Ingin ditekan di sini, bahawa ini adalah deraf sahaja. Segala idea/cadangan/perbincangan boleh kautem. Rajin² post la di 'comment'.

No comments: